This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 27 February 2013

Pesuruhjaya, Ahli Parlimen ziarahi warga emas di Kampung Perak


PARIT BUNTAR : Dewan Muslimat  PAS Parit Buntar terus menjalankan aktiviti kebajikannya apabila baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.
Ketuanya Rahimah Osman berkata, siri ziarah Dewan Muslimat PAS Parit Buntar sebelum ini telah menemukan kami dengan masyarakat yang amat memerlukan bantuan.
“ Baru-baru ini, kami telah turun menziarahi warga emas yang uzur dan sakit di Kampung Perak.
“ Menariknya, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain turut ikut serta bersama isteri masing-masing” katanya
Rahimah berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan telah menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang diziarahi.
“ rombongan kami telah disertai AJK Unit Peti Undi (UPU) Kampung Perak yang membantu mengenalpasti warga emas untuk diziarahi.
“ Warga emas yang diziarahi , gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen dan Pesuruhjaya PAS Perak ke rumah mereka”katanya
Katanya, Dewan Muslimat PAS Parit Buntar sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban rakyat sekitar Kawasan Parit Buntar.

"Kita melalui agenda negara berkebajikan akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa waktu.
“ Ziarah warga emas di rumah bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan bebanan mereka” katanya
 
Sementara itu, Ust. Abu Bakar Hussain memuji usaha Dewan Muslimat dan UPU Kampung Kedah terutamanya Ketua UPU Abdul Aziz Zainon Abidin yang berusaha mengenalpasti warga emas bagi membolehkan mereka diziarahi dan diberi sumbangan.
 

Ust. Abu Bakar santuni masyarakat sekitar Pekan Batu Lima


PARIT BUNTAR  : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain telah mengadakan ziarah muhibbah ke Pekan Rabu di Batu Lima untuk bertanya khabar golongan peniaga serta masyarakat sekitar yang mengunjungi pasar tersebut. 
 
Beliau sempat berbual bersama peniaga bertanyakan tentang masalah yang mereka hadapi. Para peniaga menyambut baik usaha yang dilakukan oleh beliau yang prihatin masalah peniaga dan pengguna. 
 
Turut sama mengiringi beliau melawat pasar sehari tersebut ialah ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari, Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar,Hairul Nizam Ishak serta pimpinan PAS di Cawangan Parit Tok Ngah Darat. 
 

Selepas kira-kira sejam lawatan muhibbah tersebut, Abu Bakar sempat juga menziarahi beberapa pesakit serta warga emas di kawasan tersebut.

 

Pesakit yang beliau ziarahi adalah pesakit lumpuh, angin ahmar, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas yang uzur.

 

Disamping ziarah dan mendoakan kesejahteraan pesakit, beliau turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka.

 


 Ustaz Abu Bakar bersalaman dengan anak muda yang berniaga di pekan sehari

 


Ustaz Abu Bakar sempat membeli barang dari peniaga

 


Menziarahi warga emas yang uzur suami dan isteri di Parit Tok Ngah Darat

Monday, 18 February 2013

Ust. Abu Bakar dan Dr. Mujahid santuni masyarakat Cina

    
PARIT BUNTAR : Ahli Parlimen Parit Buntar  Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau kepada orang ramai sempena  sambutan Tahun Baru Cina.

Program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar  , Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar,  Ahmad Azhar Shahrin berkata program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di Parit Buntar.

“ Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina menyebabkan pihak kami kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan ke seluruh Pekan Tanjung Piandang.

 “Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka datang menemui rombongan kami sebelum kami sempat berjalan-berjalan,” katanya

Ahmad Azhar berkata, edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Kuala Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar , Pekan Titi Serong dan Ban Seng Hin diadakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru .

“ Sebanyak 1,200 kotak limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutanTahun Baru Cina yang bertemakan ular hitam ini.

 “Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka teruja dengan kedatangan rombongan kami” katanya

Menurutnya, selain edaran limau,  turut diadakan majlis sumbangan kepada 200 orang warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.

“ Majlis sumbangan ini diadakan di empat kawasan komuniti orang Cina di Pekan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang

" AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya

Katanya,   program edaran limau ini turut melibatkan DHPP Parit Buntar, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Unit Amal dan Nisa’ Parit Buntar.

Sementara itu, pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua menjadi tonggak utama kejayaan program.

Ricky Tang selaku Pengerusi DHPP Pekan Parit Buntar menyatakan berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai.

“ Sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat dan Pas begitu ketara ditunjukkan di semua kawasan komuniti orang Cina.

“ Perkataan “Meng Lien” (Pakatan Rakyat) dan “Koyok” (Pas) kedengaran menyambut kedatangan rombongan” katanya
 
 
 

 
 
 

Video : Ust Abu Bakar Hussain di Parit Buntar, Menabur Budi Mencurah Bakti



Video ini memaparkan aktiviti setahun Ust. Abu Bakar Hussain di Parit Buntar terutama di Dun Titi Serong. Ust. Abu Bakar Hussain anak Parit Buntar yang memiliki pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan telah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Pas Perak sejak 2009 hingga kini.