
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr Mujahid Yusuf
Rawa berkata, Pusat
Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau dengan
kerjasama PAS Kawasan Parit Buntar telah menganjurkan majlis penyampaian
sumbangan ini pada 27 Jun di Surau Taman Desa Indah, Titi Serong.
“ Sejumlah RM 18,000.00
diperuntukkan untuk sumbangan kepada masjid dan surau dalam kawasan parlimen
Parit Buntar.

Dr Mujahid berkata, pada bulan Ramadan lebih ramai umat Islam
berkunjung ke masjid untuk melaksanakan ibadat termasuk solat sunat
terawikh.
“ Bahkan di waktu malam suasana masjid dan surau begitu
hidup. Tambah-tambah lagi di kawasan perumahan dan di
kampung-kampung.
“ Justeru, masjid
perlu diimarahkan dengan aktiviti Ramadan agar dapat menarik lebih ramai lagi
minat individu ke masjid “ katanya
Beliau meminta supaya pintu masjid dan surau dibuka
seluas-luasnya agar umat Islam dapat melakukan ibadat di rumah Allah ini.


Turut hadir memberikan ucapan dan menyampaikan
sumbangan adalah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim , ADUN Titi
Serong , Ustaz Abu Bakar Husain, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar, Abdul
Bahrain Desa berkata sumbangan untuk dana infaq Ramadhan PAS Parit Buntar ini
masih dibuka kepada orang ramai.

0 comments:
Post a Comment