PARIT BUNTAR : Seramai 250 anak yatim diraikan dalam satu majlis iftar perdana anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau.
Anak-anak yatim dari seluruh Parit Buntar ini dilihat gembira kerana berkesempatan menikmati Syawal dengan lebih meriah.
Pengarah program, Khairulzami Muhamad berkata, turut merasai kegembiraan diraikan ialah guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar (DHPP), murabitun dan wartawan tempatan.
“ Kedatangan Syawal tahun ini pasti disambut ceria anak yatim yang menerima sumbangan berupa barangan sekolah dan duit raya, selain menerima sumbangan makanan segera ayam goreng dan aiskrim.
“
Diharapkan sumbangan ini akan menjadi lebih bermakna
kepada anak-anak yatim dan semoga sambutan hari raya nanti akan lebih
ceria," katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Perdana bersama anak
yatim pada 25 Julai di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.
“ Kemuncak program ehya’ Ramadhan di Parit Buntar adalah meraikan insan yang istimewa iaitu anak-anak yatim yang kita raikan pada hari ini.
“Setiap kali Ramadhan, anak-anak yatim ini kami raikan bagi memberi sedikit kegembiraan mereka yang tidak bersama ayah atau ibu menyambut hari lebaran ” katanya
Dr Mujahid berkata, selama sebulan Ramadhan PAS Kawasan Parit Buntar bersama tiga wakil rakyat mengambil peluang melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dalam bulan yang mulia dan penuh berkat.
“Gerak kerja mencari dana bagi program Ramadhan ini telah bermula sejak bulan Jun yang lalu.
“Setiap jawatankuasa PAS yang terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Urusan Ulama’ termasuklah Ahli Parlimen, Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari diminta mencari dana bagi menjayakan program ini” katanya
Majlis tersebut telah dihadiri ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain , ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat Aida Yusuf, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengerusi Dana Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa.
Sekitar Majlis Iftar Perdana










Katanya, Adun Titi Serong sangat menyokong usaha murni PAS Cawangan yang
mengambil inisiatif menganjurkan program kebajikan melibatkan masyarakat awam.
Beliau berkata, Adun Titi Serong bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dan
Adun Kuala Kurau turut berkerjasama mencari dana bagi menjayakan program ehya
Ramadhan yang melibatkan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, pesakit
hospital, masjid dan surau.
Tambahnya, jadual Adun Titi Serong untuk separuh bulan terakhir Ramadhan
sudah dipenuhi pelbagai aktiviti bersama penduduk.
PARIT BUNTAR : Bersempena
Ramadan, PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah mengambil kesempatan untuk
beramal dengan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui jalan
Dataran Purnama, Kampung Kedah bermula 1 Ramadan.
Beliau berkata, persiapan bagi menyiapkan bubur lambuk ini dilaksanakan secara gotong royong bermula seawal jam 11.00 pagi. 

"Jadikan masjid dan surau sebagai pusat tumpuan ibadah sepanjang Ramadhan
ini. Galakkan kaum keluarga seramai mungkin mengunjungi rumah Allah ini untuk
berbuka puasa, solat tarawih, bertadarus, berzikir dan bermunajat kepada Allah
SWT.
"Jangan sempitkan ruang masjid hanya untuk
bersolat sahaja sebaliknya banyak ibadah yang boleh dilakukan sepanjang
Ramadhan ini." katanya
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar, Abdul
Bahrain Desa berkata sumbangan untuk dana infaq Ramadhan PAS Parit Buntar ini
masih dibuka kepada orang ramai.
PARIT BUNTAR : PASTI Parit Buntar buat julung
kalinya menganjurkan Majlis Makan Malam bagi meraikan guru-guru PASTI pada 19
Jun di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan
Husin, Titi Serong.
“ Semua guru PASTI telah menerima sumbangan beras
yang disampaikan oleh Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin.
ADUN
Titi Serong itu juga meminta ibu bapa dan masyarakat bersama-sama berusaha
menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar yang beriman, berilmu
dan berketerampilan.
PARIT BUNTAR : Program Cakna Rakyat anjuran
Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong yang diadakan di Surau
Kampung Tengah, Sungai Labu Bawah pada 4
Mei mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat .
“ Pertandingan mewarna diadakan untuk
beberapa kategori membabitkan murid pra sekolah sehingga tahun enam
" Kaunter khidmat kesihatan yang dibuka mendapat sambutan sangat
mengalakkan dari penduduk terutama warga emas.
Katanya, program
Cakna Rakyat hari ini amat meriah dengan kehadiran Adun Titi Serong Ustaz Abu
Bakar Hussain bersama isteri yang turut menyertai sukaneka bersama penduduk
Sementara itu, Adun Titi Serong Serong Ustaz Abu Bakar Hussain semasa menyampaikan
ucapan penutup memuji usaha penduduk menjayakan program cakna rakyat tersebut.





