PARIT BUNTAR : Hujan lebat
bersama ribut kencang yang berlaku pada 5 Mei, telah menerbangkan hampir
keseluruhan bumbung sebuah rumah penduduk di Sungai Labu Atas
Pegawai Khas Adun
Titi Serong Zainudin Osman berkata, rumah Mat Yusuf Lat rosak teruk pada bahagian bumbung setelah
diterbangkan ribut, selain kerosakan di beberapa bahagian rumah
“ Kejadian
berlaku kira-kira jam 6.45 petang, tiba-tiba ribut kuat bertiup disusuli hujan
lebat.
“ Hujan dan ribut kencang yang berlaku memang lain dari biasa
serta menakutkan.
Bayangkan, bagaimana bumbung dan siling rumah boleh
diterbangkan ribut” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi
kejadian semalam.
Zainuddin
berkata, beliau , ADUN
Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain dan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit
Buntar Abdul Bahrain Desa yang menerima maklumat dari seorang
penduduk segera melawat rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi
meringankan bebanan kerugian mangsa.
“Pejabat kami juga sedang mengumpul data jika
ada rumah lain yang dilanda ribut di kawasan ini.
“Berdasarkan maklumat diterima setakat ini,
hanya sebuah rumah yang rosak akibat ribut berkenaan “ katanya
Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu
Bakar Hussain bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan berharap
agensi kerajaan bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan segera kepada
mangsa.
“Saya meminta mangsa bersabar dan menasihatkannya melaporkan kepada agensi
kerajaan bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya bagi membantu mangsa.
“Saya meminta mangsa bersabar dan menasihatkannya melaporkan kepada agensi
kerajaan bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya bagi membantu mangsa.
“ Beberapa hari ini, hujan
lebat dan ribut kerap terjadi . Saya harap penduduk di Parit Buntar mengambil
langkah selamat jika berlaku kejadian ribut kencang” katanya





PARIT BUNTAR : Kehadiran lebih 500 ibu bapa dan ahli
keluarga memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing memeriahkan
Kejohanan Sukaneka Pasti Kawasan Parit Buntar yang
diadakan di Dataran Purnama , Kampung Kedah pada 27 April.
PARIT BUNTAR : Penduduk Kampung Sungai Labu, di sini menggesa pihak
berkuasa bagi menyelesaikan masalah kenderaan berat milik pengusaha
kolam udang dan ikan yang menjadikan jalan kampung di hadapan rumah
mereka sebagai laluan keluar masuk sejak tiga tahun lalu.
“ Kami bersyukur kerana
ribut kencang ini tidak memusnahkan rumah penduduk yang lain di Parit Tok Ngah
ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, beliau bersimpati dengan
kejadian itu dan berharap agensi kerajaan bertanggungjawab dapat
menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.




PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar meneruskan usaha
membantu ibu tunggal dan anak yatim melalui program Ziarah Kebajikan yang
dijalankan di Kampung Kedah pada 23 Mac lalu.
" Kita akan meneruskan usaha membantu
golongan yang susah tidak kira masa waktu sebagai merealisasikan konsep Negara
Berkebajikan " Katanya ketika ditemui bersama rombongan PAS Cawangan semasa melakukan
ziarah di sebuah rumah penduduk di Kampung Kedah
“ Program ziarah ini sangat baik untuk mendekati masyarakat terutama golongan
susah. Malah, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat di sini.






