PARIT BUNTAR : PASTI Parit Buntar buat julung
kalinya menganjurkan Majlis Makan Malam bagi meraikan guru-guru PASTI pada 19
Jun di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan
Husin, Titi Serong.
Menurut pengarah program, Hasan Kamaruddin antara
objektif program diadakan ialah untuk menghargai guru-guru PASTI yang banyak
berjasa mendidik anak-anak PASTI .
“ Seramai 35 orang guru PASTI yang bertugas di
sepuluh buah PASTI di kawasan Parit Buntar diraikan pada malam ini.
" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru
PASTI terutama mereka yang telah lama berkhidmat sebagai tenaga pengajar di
PASTI " katanya ketika ditemui di majlis makan malam tersebut
Hasan berkata, majlis telah dimulai dengan bacaan
doa selamat dan diikuti dengan jamuan makan malam.
“ Semua guru PASTI telah menerima sumbangan beras
yang disampaikan oleh Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin.
“ Ust. Abu Bakar turut menyampaikan motivasi kepada
guru-guru PASTI bagi meningkatkan profesion perguruan pra sekolah” katanya
Sementara
itu , Ust. Abu Bakar dalam ucapannya berharap ibu bapa dan masyarakat
meletakkan guru PASTI sebagai insan yang mulia dan berjasa.
“
Merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak di PASTI bagi melahirkan
generasi muslim yang beriman dan beramal soleh.
“
Guru PASTI dalam sejarah hidup mereka sentiasa menghargai kejayaan anak
didiknya serta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan
kesejahteraan orang lain” katanya
ADUN
Titi Serong itu juga meminta ibu bapa dan masyarakat bersama-sama berusaha
menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar yang beriman, berilmu
dan berketerampilan.
“ Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan di PASTI.
“ Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesion perguruan PASTI” katanya






0 comments:
Post a Comment