
Pengarah program , Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kos menyediakan bubur lambuk ini telah disumbangkan oleh orang ramai terutama jamaah pengajian di Surau Mujahideen , Kampung Kedah.
“ Ramai yang mahu
bersedekah dalam bulan Ramadan kerana ianya salah satu amalan terpuji dan
balasan pahalanya berganda-ganda.
“ Demi merealisasikan
usaha-usaha kebajikan ini maka kami telah mengorak langkah proaktif menganjurkan
program mengedarkan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat”
katanya

“Proses memasak
bubur lambuk pula memumpuk semangat kerjasama kerana dilakukan secara gotong
royong .
“ Sebanyak 200 bungkus bubur
lambuk telah diagihkan kepada orang ramai pada program yang diadakan selang
sehari “ katanya
Menurutnya, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain
telah merasmikan program edaran bubur lambuk percuma pada hari pertama Ramadan.
“ ADUN Titi Serong bersama isteri dan pimpinan PAS
Kawasan Parit Buntar turun padang mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai
yang melalui jalan Dataran Purnama di Kampung Kedah .
“Secara tidak
langsung, program sebegini dapat mengeratkan hubungan pimpinan PAS dengan
masyarakat khususnya pengguna jalan ini” katanya
0 comments:
Post a Comment