
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen
Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan bahawa Pusat Khidmat Parit
Buntar dan DUN Titi Serong mahu menjadi yang terbaik dalam khidmatnya pada
rakyat.
“Setelah 6 tahun memberikan khidmat kepada masyarakat setempat,
pusat khidmat ini memerlukan penjenamaan semula melalui imej dan kualiti
khidmat.
“ Pada majlis ini dua pendekatan baru diperkenalkan iaitu budaya
kerja pantas menyelesaikan masalah melalui kaedah proses yang lebih efisyen dan
penggunaan sistem e-Aduan yang mesra pengguna. ,” ujar beliau yang kini sudah
dua penggal diberi kepercayaan sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi parlimen Parit
Buntar.

“ Pihak admin pula dapat memantau
semua aduan dan dapat mengesani di tahap manakah masalah untuk dimaklumkan pada
pengadu.
“ Sistem ini juga membantu
pengadu membuat pemeriksaan status daftar pemilihnya” katanya
Turut hadir ialah ADUN Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussain dan Yang
Dipertua PAS Parit Buntar, Tuan Haji Harun Hashim dan tetamu lain.

Majlis berakhir dengan sedikit jamuan makan tengahari bersama para
tetamu sambil Ketua Staf Pusat Khidmat Parit Buntar, Hairulnizam Ishak
menunjukkan cara e-Aduan dikendalikan.
0 comments:
Post a Comment