PARIT
BUNTAR : ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain menerima kunjungan seramai 25
orang pelajar daripada Pusat Dakwah Serantau Yayasan Amal Malaysia ke Pusat
Khidmat DUN Titi Serong pada 29 Julai lepas. Lawatan bertemu ulama dan pendakwah seperti ADUN Titi Serong ini adalah salah satu program dalam Kembara Ramadhan Pusat Dakwah Serantau Yatasan Amal Malaysia.
Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Kedatangan rombongan pelajar ini disambut gembira ADUN Titi Serong dan diraikan dalam majlis ringkas di pejabat beliau.
Ustaz Abu Bakar mengalu-alukan kedatangan bakal pendakwah muda yang sedang menjalani latihan di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.
“ Mereka adalah
golongan terpilih dari Sabah,
Sarawak, Vietnam, Kemboja, Orang Asal yang dilatih sebagai pendakwah dan akan dihantar ke lokasi asal
mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.“ Saya doakan mereka menjadi pendakwah yang komited untuk menggerakkan kerja dakwah di pedalaman tempat asal mereka” katanya
Pelajar-pelajar ini juga mendapat nasihat berguna sebagai pendakwah dalam taujihat yang disampaikan ADUN Titi Serong pada majlis berkenaan.
Ustaz Abu Bakar turut menghadiahkan
cenderamata tulisan khat kepada wakil pelajar berkenaan.Pelajar-pelajar ini
kemudiannya menghadiri iftar jamaie bersama penduduk setempat di Surau Taman
Murni.Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pegawai Khas ADUN Titi Serong Haji Abdul Rahman Wahab.
Sekitar Kujungan Pendakwah Muda






Menurutnya, program edaran
bubur lambuk ini walaupun ringkas namun ianya menjadi bukti kesungguhan
wakil rakyat menjalinkan ikatan silaturrahim dengan orang awam.

Seorang penerima sumbangan yang ditemui, Wahid Hashim, 58 dari Tebuk Haji Musa berterima
kasih kepada PAS Parit Buntar yang memberi bantuan setiap kali bulan Ramadhan.
Mohd Rashid Hamzah, 63 pesawah
dari Sungai Kota turut berterima kasih kepada PAS Parit Buntar yang sentiasa
membantu golongan miskin di Parit Buntar.
PARIT BUNTAR : Majlis iftar jamaie dan ceramah
sempena perang Badar Al Kubra telah diadakan pada 25 Julai di Markas PAS Kuala
Kurau, Batu 13 di sini.
“ Majlis memperingati Perang Badar bertujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghancurkan musuh
Islam yang kuantitinya lebih ramai” katanya
Dr. Mujahid dalam ceramah menyatakan kepentingan
meringati Perang Badar yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam
melebarkan penguasaan seterusnya.
PARIT BUNTAR : Dalam agenda mendekat diri dengan masyarakat
, PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khimat Parlimen Parit Buntar dan Dun
Titi Serong mengadakan program lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena
menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.
PARIT
BUNTAR : Adun Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussin memuji sikap pemurah
golongan usahawan di Parit Buntar menyampaikan sumbangan kepada mereka
yang memerlukan di bulan Ramadhan.

“Kemasukan ramai ahli baru ini juga menandakan pertambahan sokongan
orang Melayu kepada PAS di kawasan Parit Buntar," katanya ketika ditemui
Harakah.




