Saturday, 18 January 2014

Ahli Parlimen, ADUN Titi Serong ziarah 50 keluarga India di Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain meluangkan masa selama dua hari pada 27 dan 28 Oktober mengunjungi rumah 50 keluarga kaum India yang akan menyambut perayaan Deepavali pada 2 November.
Program anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong serta Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar  ini merupakan program tahunan bertujuan menziarahi, bertanya khabar dan memberi sumbangan kepada keluarga kaum India.
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, program ini telah dapat membina ikatan kemesraan bersama rakyat berbilang bangsa sambil menyampaikan sumbangan.
 
“  Sumbangan ikhlas kami walau kecil dapat memberi kelegaan dan  meringankan sedikit beban mereka untuk menyambut perayaan Deepavali.
 
“ Kegembiraan penerima sumbangan dapat digambarkan  melalui  riak muka mereka semasa menerima kunjungan rombongan kami” katanya
 
Hamdan berkata, rombongan yang menziarahi rumah masyarakat India ini dapat menyelami keperitan hidup mereka sekeluarga.

" " Ada dikalangan mereka merupakan ibu tunggal yang tinggal berseorangan tanpa keluarga, malah ada yang berpendapatan hanya RM400 tetapi terpaksa menanggung anak yang ramai.

" Mereka berasa gembira dan terharu kerana pimpinan PAS datang ke rumah mereka untuk mengucapkan selamat dan menyampaikan sumbangan" katanya 
 
Sementara itu, menurut Hamdan, kunjungan ke rumah sebuah keluarga di Perumahan awam Taman Sri  Semarak melahirkan rasa simpati kedua-dua wakil rakyat terhadap kesukaran bergerak seorang warga emas berumur 87 tahun.
“ Warga emas tersebut (Mak Cik Anama)  telah menerima kerusi roda dan lampin pakai buang dewasa sumbangan Ahli Parlimen Parit Buntar dan Adun Titi Serong.
““ Kami berharap dengan sumbangan kerusi roda ini membolehkan Mak Cik Anama bergerak lebih selesa” katanya
Tambahnya,  program seperti ini akan diteruskan untuk kesejahteraan rakyat.
 

0 comments:

Post a Comment