PARIT BUNTAR : Empat
buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam DUN Titi Serong telah menerima lawatan
muhibbah hari pertama persekolahan oleh ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain
dan isteri Nor’ain Omar.
Lawatan ini bertujuan
meninjau persiapan Pasti menerima kehadiran pelajar baru dan memberi sokongan
kepada guru-guru Pasti selaku tenaga penting di Pasti
“ Saya sempat membuat lawatan di hari pertama persekolahan ke empat buah Pasti
dari tujuh buah Pasti yang ada dalam DUN Titi Serong.
“ Tiga buah Pasti lagi
akan saya lawati pada hari kedua” Kata Ustaz Abu Bakar yang ditemui semasa
mengadakan lawatan ke Pasti An-Nur , Taman Kerian Permai.
ADUN Titi Serong itu juga mengambil peluang bermesra dengan ibu bapa yang hadir
mendaftar anak-anak mereka yang berumur lima dan enam tahun di Pasti.
“ Ibu bapa yang menghantar
anak belajar di Pasti kerana mahu pendidikan asas Islam diajar kepada anak-anak
mereka.
“ Saya berharap ibu
bapa turut sama memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program
pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti” katanya
Kehadiran ADUN Titi
Serong itu menceriakan lagi pelajar Pasti apabila Adun berkenaan memberi
ole-ole sekotak minuman milo kepada setiap pelajar Pasti.
“ Hari ini, saya perhatikan pelajar Pasti sangat ceria walaupun ada juga yang
nampak muram untuk menghadapi suasana yang berbeza.






0 comments:
Post a Comment