
Beliau berhadapan dengan jadual yang ketat
menghadiri beberapa kali sidang DUN, memenuhi tuntutan parti sebagai Pesuruhjaya
PAS Perak bergerak ke seluruh Perak bagi melaksanakan amanah memperkasakan PAS
Perak.
Keputusan PAS Pusat tidak melantik beliau sebagai
sebagai Pesuruhjaya PAS Perak bagi sesi 2013-2015 memberi kelegaan dan ruang
masa yang lebih kepada beliau mendampingi rakyat dalam DUN Titi Serong.
Dalam kesibukan sebelum ini, beliau tidak sesekali
melupakan tanggungjawabnya kepada rakyat yang diwakilinya.
ADUN Titi Serong juga tidak hanya menunggu di
pejabat untuk mendengar masalah rakyat. Beliau akan turun sendiri setiap kali
mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk dalam DUN yang diwakilinya.

Sungguhpun dinafikan peruntukan oleh kerajaan pusat
yang diterajui BN, beliau tetap berjaya meneruskan agenda kebajikannya di Parit
Buntar. Antara program kebajikan yang berjaya dilaksanakan ialah bantuan kepada
golongan kurang berkemampuan, bantuan kesihatan kepada Orang Kurang Upaya,
bantuan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim serta bantuan bencana.

Walaupun bantuan yang disumbangkan kecil, namun
mampu membantu meringan kesusahan penerima sumbangan ini. Elaun sebagai ADUN
sebenarnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan membayar elaun
pembantu-pembantu dan permohonan sumbangan yang tidak henti-henti datang ke
pejabatnya.

Hasil usaha mengumpul dana ADUN Titi Serong bersama
Ahli Parlimen Parit Buntar dan PAS Kawasan Parit Buntar, hampir RM 90 ribu dana
telah dikumpul dan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan pada Ramadhan
yang lepas.
Sebagai seorang yang berkelulusan agama, menjadi
tanggungjawab kepada beliau untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam
di Parit Buntar.

Setiap malam jika berada di Parit Buntar, Ustaz Abu
Bakar akan solat berjamaah di masjid dan surau di Parit Buntar terutama solat
waktu Maghrib, Isyak dan Subuh.
Perwatakan Ustaz Abu Bakar yang alim dan warak menjadikan
beliau dihormati dan sentiasa diminta memimpin majlis-majlis agama seperti menjadi
imam, memimpin bacaan doa dan tahlil serta mendapat penghormatan mentahnik bayi
dan menyembelih lembu korban.

Beliau turut memberi sokongan dan motivasi kepada
DHPP Parit Buntar untuk bergerak sendiri mengadakan program. Pengerusi DHPP
Parit Buntar , Ricky Tan mengakui Ustaz Abu Bakar banyak memberi sokongan
kepada DHPP Parit Buntar termasuk semasa DHPP Parit Buntar menganjurkan program
Makan Malam Perpaduan pada 10 Disember lepas.

Semasa menjawab soalan ADUN Titi Serong , Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Mohd Nizar Zakaria menyatakan Guru Kafa menerima elaun sebanyak RM800
sebulan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri akan memberi
elaun tambahan kepada guru Kafa sebanyak RM200.
Exco Perak itu juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memberi elaun sebanyak RM200 kepada guru Kafa wanita yang cuti bersalin selama dua bulan .
Exco Perak itu juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memberi elaun sebanyak RM200 kepada guru Kafa wanita yang cuti bersalin selama dua bulan .
Selama enam bulan ini kerjasama Ustaz Abu Bakar
dengan PAS Kawasan Parit Buntar amat baik terutama Lujnah Kebajikan dan DHPP Parit Buntar
yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama. Tambahan pula tiga orang
pembantunya adalah dikalangan AJK PAS Kawasan dan Dewan Pemuda.

Penduduk di DUN Titi Serong diharap dapat memahami
kesibukan Ustaz Abu Bakar sehingga menyebabkan beliau tidak dapat memenuhi semua
jemputan kenduri kahwin dan menziarahi kematian yang berlaku di Parit Buntar.

Selepas tidak memegang jawatan Pesuruhjaya PAS
Perak, Ustaz Abu Bakar pasti akan menggunakan banyak masa untuk mendengar dan
membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau juga akan mempunyai mempunyai banyak masa
memenuhi jemputan penduduk menghadiri jenduri kahwin, majlis keraian dan menziarahi
kematian.
Sekitar khidmat Ustaz Abu Bakar Hussain di DUN Titi Serong

Ust. Abu Bakar serius mendengar masalah rakyat

Ust. Abu Bakar menyampaikan Kuliah Dhuha di rumah seorang penduduk di Batu 4 Jalan Sempadan

Ust. Abu Bakar antara terawal ke lokasi kebakaran kilang di Sungai Labu

Ust. Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit di Parit Haji Awi

Ust. Abu Bakar menyampaikan sumbangan kerusi roda di Parit Tok Ngah

Ust. Abu Bakar menyumbang bola raga kepada pemuda di Parit Tok Ngah

Ust. Abu Bakar sedang menyampaikan sumbangan kepada masjid sempena Ramadhan

Ust. Abu Bakar sedang menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sempena Ramadhan

Ust. Abu Bakar mengacau bubur Asyura bersama penduduk

Ust. Abu Bakar merasmikan program Sunaton dalam DUN Titi Serong

Ust Abu Bakar semasa menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan anjuran DHPP Parit Buntar

Ust. Abu Bakar sedang mentahnik seorang bayi di Sungai Labu

Ust. Abu Bakar memimpin majlis tahlil di rumah seorang penduduk di Parit Haji Tahir

Ust Abu Bakar sedang menyembelih seekor lembu korban
0 comments:
Post a Comment