PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar meneruskan usaha
membantu ibu tunggal dan anak yatim melalui program Ziarah Kebajikan yang
dijalankan di Kampung Kedah pada 23 Mac lalu.Program turun padang serta ziarah ini dianjurkan PAS Cawangan Kampung Kedah turut disertai ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain.
Penyelaras program Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, PAS Cawangan sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban penduduk di Kampung Kedah
" Kita akan meneruskan usaha membantu
golongan yang susah tidak kira masa waktu sebagai merealisasikan konsep Negara
Berkebajikan " Katanya ketika ditemui bersama rombongan PAS Cawangan semasa melakukan
ziarah di sebuah rumah penduduk di Kampung KedahSementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain memuji usaha ziarah kebajikan yang dilakukan oleh PAS Cawangan Kampung Kedah
“ Program ziarah ini sangat baik untuk mendekati masyarakat terutama golongan
susah. Malah, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat di sini.






0 comments:
Post a Comment