
Setiausahanya Adnan Abd Rahman berkata, Lujnah Kebajikan dengan kerjasama PAS Cawangan Tebuk Haji Musa dan Unit Amal Parit Buntar mengambil inisiatif bergotong royong kerana prihatin terhadap keadaan bumbung rumah milik Zakaria Che Man, 66 yang bocor.
"
Kami telah bersama-sama mengantikan zink rumah yang reput dan bocor dengan zink yang
baru.
“
Kos untuk mengantikan bumbung rumah ini telah disumbangkan oleh Lujnah
Kebajikan PAS Parit Buntar " Katanya ketika ditemui semasa majlis gotong royong
berkenaan pada 24 Mac lalu.

“ Gotong royong ini bermula dengan menanggal zink lama yang uzur dan bocor , kemudian diganti dengan zink baru
“ Sebanyak 40 keping zink baru telah digunakan untuk memasang sebahagian bumbung rumah Pak Cik Zakaria Che Man “ katanya

" Pak Cik telah memohon bantuan di Pejabat Wakil Rakyat kerana Pak Cik tidak mampu untuk menukar bumbung rumah Pak Cik yang sudah reput dan bocor

Gotong royong ini turut disertai ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan Ketua PAS Cawangan Ustaz Ahmad Zaki Haji Hassan

"
Budaya bergotong royong adalah budaya turun temurun masyarakat Melayu yang
semakin lama semakin ditinggalkan.
“
Memandang PAS bukanlah sebuah kerajaan, maka budaya ini cukup penting
dipraktikkan supaya perbelanjaan dapat dijimatkan" Katanya.
0 comments:
Post a Comment