
Pegawai Khas Adun
Titi Serong Zainudin Osman berkata, rumah Mat Yusuf Lat rosak teruk pada bahagian bumbung setelah
diterbangkan ribut, selain kerosakan di beberapa bahagian rumah
“ Kejadian
berlaku kira-kira jam 6.45 petang, tiba-tiba ribut kuat bertiup disusuli hujan
lebat.
“ Hujan dan ribut kencang yang berlaku memang lain dari biasa
serta menakutkan.
Bayangkan, bagaimana bumbung dan siling rumah boleh
diterbangkan ribut” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi
kejadian semalam.
Zainuddin
berkata, beliau , ADUN
Titi Serong Ustaz Abu Bakar Husain dan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit
Buntar Abdul Bahrain Desa yang menerima maklumat dari seorang
penduduk segera melawat rumah mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi
meringankan bebanan kerugian mangsa.

“Berdasarkan maklumat diterima setakat ini,
hanya sebuah rumah yang rosak akibat ribut berkenaan “ katanya
Sementara itu, ADUN Titi Serong Ustaz Abu
Bakar Hussain bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan berharap
agensi kerajaan bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan segera kepada
mangsa.
“Saya meminta mangsa bersabar dan menasihatkannya melaporkan kepada agensi
kerajaan bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya bagi membantu mangsa.

“ Beberapa hari ini, hujan
lebat dan ribut kerap terjadi . Saya harap penduduk di Parit Buntar mengambil
langkah selamat jika berlaku kejadian ribut kencang” katanya