
Ketua Muslimat PAS Parit Buntar, Rahimah Osman
berkata, program ini disertai Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf
Rawa dan ADUN Titi Serong Ustaz Abu
Bakar Hussain bersama isteri masing-masing mempamerkan kebolehan memasak.
“ Dr Mujahid dan isteri menunjukkah
demontrasi memasak nasi bukhari ala Arab , manakala Ustaz Abu Bakar dan isteri
menunjukkan cara menyediakan salatah.
“ Sambil menunjukkan cara masakan
, kedua-dua wakil rakyat ini juga menjawab soalan-soalan penonton tentang
resepi kehidupan mereka berdua” katanya ketika ditemui
semasa program di Kampung Kedah, Parit Buntar pada 1 Februari lalu.
Rahimah berkata, program ini
semakin menarik dengan penyertaan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan
Timbalannya, Abdul Bahrain Desa bersama isteri masing-masing.
“ Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan isteri
mempamerkan kebolehan menyediakan jus pelbagai buah-buahan.
“ Sementara Timbalannya, Abdul
Bahrain Desa dan isteri menunjukkan demontrasi memasak nasi goreng ayam madu.

“ Program dimulai dengan demontrasi masakan kalakatar sejenis
kuih tradisional masyarakat banjar oleh seorang pakar memasak kalakatar.
“ Menghasilkan kalakatar tidaklah
begitu rumit, cuma ia memerlukan buah kelapa muda sebagai bahan utama. Selain
itu, bahan asas yang diperlukan termasuklah tepung gandum, tepung beras, gula,
telur dan sedikit garam “ katanya
Katanya, program diteruskan dengan pertandingan susunan
kolaj wanita dewasa, kuiz kenali tokoh dan pertandingan
‘al-Quran follow the line’ untuk
remaja wanita

“ Manakala pertandingan ‘al-Quran follow the line’ melibatkan pengetahuan peserta meletakkan
tanda baris yang betul pada ayat al-Quran”
katanya
Tambahnya, Dewan Muslimat PAS Parit Buntar akan meneruskan aktiviti mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan kaum hawa.
0 comments:
Post a Comment