![]()
Lebih 200 orang Tionghua yang kurang berkemampuan
termasuk warga emas menerima sumbangan yang disampaikan di empat komuniti orang
Tionghua di Pekan Parit Buntar, Kuala Bagan Tiang, Kuala Kurau dan Tanjung
Piandang pada 21 dan 22 Januari.
Ahli Parlimen Parit
Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, sumbangan diberikan bagi
membolehkan mereka membuat persediaan untuk menyambut perayaan tersebut dengan
meriah.
"Sumbangan ini
merupakan acara tahunan dan kami harap ia dapat memberi keceriaan kepada mereka
ketika menyambut perayaan
“ Seramai 75 orang menerima
di Pekan Parit Buntar, 31 orang di Kuala Bagan Tiang, 50 orang di Kuala Kurau
dan 50 orang di Tanjung Piandang” katanya ketika ditemui pada majlis
penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina di Pekan Parit Buntar, di sini.
![]()
"Ia selari dengan
konsep Negara Berkebajikan, kita harus menghormati perayaan masyarakat lain
dengan berkunjung serta menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang
berkemampuan.
![]()
Sementara itu, ADUN
Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussain yang ditemui berharap perasaan hormat menghormati antara kaum perlu disemai supaya semua
pihak dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
“ Masyarakat di
negara ini memahami dan bertoleransi antara semua kaum. Setiap kaum berhak
merayakan hari-hari kebesaran kaum dan bangsa mereka.
“ Semangat
perkauman sempit yang cuba ditiupkan oleh sesetengah pihak perlu ditolak kerana
boleh mencetuskan kegelisahan kaum” katanya
ADUN Titi Serong itu mengucapkan terima kasih kepada Lujnah
Perpaduan Nasional dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar ( DHPP) yang bertanggungjawab
mengenalpasti orang Tionghua untuk diberi bantuan.
![]()
“ Masyarakat
Tionghua menyambut baik majlis pada hari
ini dengan senyuman tanda gembira kerana mereka terharu di atas keprihatinan wakil
rakyat mereka
![]() Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa |
Wednesday, 19 March 2014
ADUN Titi Serong, Ahli Parlimen bantu 200 orang Tionghua
00:56
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment