
Lawatan bertemu ulama dan pendakwah seperti ADUN Titi Serong ini adalah salah satu program dalam Kembara Ramadhan Pusat Dakwah Serantau Yatasan Amal Malaysia.
Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Kedatangan rombongan pelajar ini disambut gembira ADUN Titi Serong dan diraikan dalam majlis ringkas di pejabat beliau.
Ustaz Abu Bakar mengalu-alukan kedatangan bakal pendakwah muda yang sedang menjalani latihan di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.

“ Saya doakan mereka menjadi pendakwah yang komited untuk menggerakkan kerja dakwah di pedalaman tempat asal mereka” katanya
Pelajar-pelajar ini juga mendapat nasihat berguna sebagai pendakwah dalam taujihat yang disampaikan ADUN Titi Serong pada majlis berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim dan Pegawai Khas ADUN Titi Serong Haji Abdul Rahman Wahab.
Sekitar Kujungan Pendakwah Muda



0 comments:
Post a Comment