
Ust. Abu Bakar yang juga Pesuruhjaya PAS Perak berkesempatan melakukan ziarah ke rumah keluarga Zulhanafi Zabidi yang masih koma di Hospital Sungai Buloh akibat terlibat dalam kemalangan.
Zulhanafi terbabit dalam kemalangan tersebut semasa hendak pulang mengundi pada pilihanraya umum baru-baru ini.
Ust. Abu Bakar berharap ahli keluarga Zulhanafi bersabar dan memperbanyakkan doa agar Zulhanafi cepat sembuh.
“ Saya bersimpati dengan musibah yang menimpa Zulhanafi. Beliau merupakan anak muda yang turut bersemangat untuk pulang mengundi buat kali pertama.
“ Saya berharap ahli keluarga dan semua yang mengenali beliau sentiasa mendoakan kesembuhan Zulhanafi” katanya
Pada kunjungan tersebut selain menzahirkan rasa simpati , Ust. Abu Bakar juga turut menyampaikan sumbangan kepada bapa Zulhanafi.
Turut menziarah Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa , Pegawai Khas Adun Titi Serong Haji Abdul Rahman Wahab serta AJK PAS Cawangan Parit Tok Ngah Darat.
0 comments:
Post a Comment