Tuesday, 29 January 2013

Ust. Abu Bakar terima borang sertai Unit Amal dari anak muda Sungai Betul


PARIT BUNTAR : Seramai 45 anak muda di sekitar Tanjung Piandang telah menyertai Unit Amal Parit Buntar dalam satu majlis yang diadakan di Sungai Betul, Tanjung Piandang.
 
Pengarah Jabatan Amal Parit Buntar Zainudin Osman berkata, kesemua mereka bersedia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan terutama khidmat berbentuk kebajikan sesuai dengan objektif penubuhan Unit Amal.
 
“Setakat ini Unit Amal banyak memberi khidmat sebagai petugas keselamatan dan parkir setiap kali program yang melibatkan jumlah kehadiran yang besar.
 
“ Penambahan ahli baru dapat membantu mengerakkan Unit Amal Parit Buntar agar lebih aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.” katanya
 
Zainuddin berkata, Pesuruhjaya Pas Perak Abu Bakar Husin telah sudi meraikan ahli baru Unit Amal Parit Buntar pada majlis penyertaan ahli baru ini.
 
“ Pesuruhjaya Pas Perak telah menyerahkan t-shirt rasmi Unit Amal kepada semua ahli baru sebagai tanda mereka diterima berkhidmat untuk Unit Amal.
 
“Mereka akan didedahkan dengan konsep kerja amal dalam Islam yang dilaksanakan Unit Amal melalui pelbagai aktiviti yang diadakan”katanya  

Sementara itu, Ketua Pas Cawangan Sungai Betul Bawah Abd Razak Teridi berharap Unit Amal Parit Buntar perlu mengorak langkah lebih aktif agar diminati oleh anak-anak muda di cawangan-cawangan. 
 
“ Ramai anak muda yang masih belum jelas pemahaman mereka tentang Unit Amal menyebabkan mereka kurang berminat menyertai Unit Amal. 
 
 “ Apabila kita kumpulkan anak muda di kawasan Tanjung Piandang dan beri kefahaman tentang Unit Amal, hasilnya ramai yang berminat menyertai Unit Amal.”katanya
 
Turut hadir memberi sokongan dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Pas Parit Buntar Harun Hashim dan Ketua Pemuda Pas Parit Buntar Dr. Mahyuddin Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment